PART 4
Guren menuangkan jus oren ke dalam gelas. Suasana dalam rumahnya agak kelam dan sunyi. Guren menarik kerusi sambil menghela nafasnya.
Guren merenung cecair oren yang berada di dalam gelas itu. Fikirannya runsing , memikirkan tentang asal usul Mori. Dia hairan dengan kehadiran gadis itu. Sesekali dia terfikir juga pasal Noru. Dia pun pelik memikirkan pasal Noru. Seperti ada sesuatu yang diharapkan oleh remaja itu darinya.
Guren menyuakan mulut gelas ke bibirnya. Belum sempat dia menghirup cecair itu, telinganya menangkap satu bunyi bising dari atas. Lantas Guren menghalakan pandangannya ke atas.
“Noru..? “ Dia cepat-cepat berlari ke atas.
“Noru..!” Guren menolak daun pintu. Dia terlihat Noru sedang mengutip serpihan-serpihan kaca.
Guren tergamam.
Noru perasan akan kehadiran Guren. Lantas dia memandang Guren lalu berkata “Guccha.. maaf.. saya tak buat semua ni.. tapi saya akan kutip semua.” Noru begitu menggelabah sehingga serpihan kaca tercucuk jarinya lalu membuatkan remaja 18 tahun itu terjerit.
Guren lantas mendekati Noru lalu memegang jari Noru. Dia memandang Noru sebelum memasukkan jari itu ke dalam mulutnya.
Noru merenung Guren. Di dalam matanya terdapat satu sinar yang tidak dapat diungkapkan. Lidahnya kelu.
Guren meludahkan darah yang berada dalam mulutnya. Sebentar kemudian dia berkata “Tunggu disini. Saya ambik kan kain pembalut. “
Lelaki itu terus berpaling untuk mencari peti kecemasan namun tiba-tiba Guren merasakan satu pelukan erat dari belakang.
Guren memalingkan mukanya. “ Noru.. kenapa dengan awk ni?”
“Saya sayangkan awk. Awk sayang saya tak, Guccha..?”
Pertanyaan Noru menyebabkan Guren terkejut. Dadanya tiba-tiba berdegup kencang.Dia cepat-cepat meleraikan pelukan erat Noru lalu berhadapan dengannya.
Noru merenung ke arah Guren. Guren juga melakukan perkara sama. Dia terlongo sebentar.
“Guccha.. can you feel it..?” Noru meletakkan tangannya ke dadanya sendiri.
Guren tidak dapat mengelakkan diri daripada Noru lagi. Secepat kilat dia meluru ke arah Noru lalu menolaknya ke dinding. Noru terperangkap diantara dinding dan tubuh lelaki itu.
“Guccha.. “ Noru tersenyum. Dalam fikiran Guren dia ingin menyentuh remaja itu namun entah kenapa seperti ada sesuatu menghalang. Guren melepaskan Noru. Dia berundur beberapa tapak dari situ sambil menggeleng-geleng.
“No…no.. this is not suppost to be happen..”
Noru tertunduk. Dia menjawab “Guccha. Awk tak perlu paksa diri awk. Saya akn lupakannya..”
Guren memandang Noru dengan perasaan bersalah. “Noru..”
Noru tersenyum pahit sebelum berjalan ke arah serpihan kaca yang masih berselerak itu. Darah masih mengalir dari lukanya.
Guren mendekati Noru lalu memegang tangannya. “ Saya akan uruskannya.”
Sekali lagi pandangan mereka bertembung. Masing-masing terdiam.
Tiba-tiba Guren menarik Noru ke dalam dakapannya. Dia memeluk remaja itu erat.
“Im sorry for disappointing you. But.. All I can do is loves you. Give me time, ok?” Guren membisikkannya ke dalam telinga Noru.
Noru tersenyum tawar. Dia membalas pelukan Guren dengan erat. Noru kemudian memejamkan matanya.
…………………………………………………..
Selepas membalut jari Noru, Guren membersihkan sisa-sisa serpihan kaca itu. Noru memerhatikan gerak geri Guren.
Guren bersuara “ Kamu kata seseorang baling batu dari arah luar?”
Noru mengangguk “ Erm.. tapi saya tidak sempat melihat siapa..”
Guren mengangguk sahaja. “Daijobu..”
“Saya akan panggil orang untuk repair esok..” Guren berkata sebelum dia keluar dari bilik itu bersama bungkusan surat khabar yang berisi dengan kaca-kaca itu.
Mata Noru melirik kepada langkah Guren sebelum dia termenung sendiri.
KEESOKAN HARINYA…
Guren melihat jam di tangannya. Pukul 6.30 petang. Dia memandu keretanya dengan cermat. Fikiran Guren melayang sewaktu keretanya memasuki lorong. Lampu keemasan yang menyimbah dari atas siling terowong itu mengasyikkannya. Dan disebabkan itu, dia hampir terlanggar seorang lelaki ketika keretanya sudah melepasi terowong.
Guren hampir terbabas.
Guren lantas keluar dari kereta, untuk melihat keadaan keretanya dan juga lelaki itu.
Setelah mendapati tiada apa-apa berlaku, Guren memandang lelaki itu. “Encik.. encik tak apa-apa ke? Apa yang encik buat di lebuh raya ni?”
Lelaki itu tidak menjawab. Di balik kegelapan malam yang mengaburi pandangan Guren terhadap wajah lelaki itu, dia menyebut “Guren..”
Guren tersentak. Suara itu.. “ Sadao. “
Guren tersenyum gembira. “ Sadao..! Tak sangka.. apa yang kau buat kat sini..?” Guren mendekati sahabatnya itu lalu memeluknya.
Namun riak wajah Sadao hambar. Dia tidak tersenyum mahupun ketawa. Wajahnya pucat dan dibawah matanya sedikit hitam.
Guren mengerutkan dahinya. “Sadao..hei.. kau ok ke..? “ sambil tertawa kecil dia menepuk bahu Sadao.
Sadao memandangnya. “Guren.”
“Kau apa khabar..?” Akhirnya Sadao bertanya. Guren tersenyum. “Aku baik jer,. Kau mcm mana?”
Sadao mengangguk.
Guren bertanya “ Apa kau buat kat lebuh raya ni sorang-sorang? Duduk dalam gelap pulak tuh. Mujur aku tak langgar kau tau. “
Sadao tunduk sebentar “ Maaflah sebab tu..”
Guren menggeleng-geleng. “Tak ada apa-apa lah..”
Guren merenung Sadao dengan pelik. Dia menyentuh pipi Sadao. “Hei..kau ok ke tak ni? Kau Nampak pucat. Kau demam ea? Aku bawa kau ke hospital..” dia ingin meraih tangan Sadao namun lelaki itu terlebih dahulu memegang tangannya.
“Guccha. Kau jgn risau. Aku ok. Aku baru je jumpa doctor semalam. Aku tak ada apa-apa problem. Percayalah.“
Guren terdiam. Dia memandang Sadao. Kemudian dia mengangguk. “Kalau mcm tu.. baiklah.. erm.. Takarai. Aku dah lama tak jumpa dia. Dia apa khabar?”
Sadao tidak menjawab. Dia berpaling ke jalan seberang. “ Takarai dah mati.”
Jawapan ringkas Sadao mengejutkan Guren. “Apa.. mati..?”
“ kereta dia hilang kawalan. Masuk gaung.” Tanpa diminta Sadao menjelaskan.
Serta merta wajah Guren berubah. Gaung….
Sadao kemudian memandang ke arah Guren. Tenungannya menyeramkan.
Guren perasan akn renungan itu,. Maka dia pun memandang Sadao.
“ Sadao.. kau jangan tengok aku mcm tuh. “ Guren tiba-tiba berasa seram sejuk.
Sadao terus menyambung “Kau percayakan bias tak..?”
“Bias..? “ Guren tidak mengerti. “Apa yang kau cuba ckpkan ni Sadao? Aku tak faham..!”
“sudah la Guccha. Aku kena pergi sekarang. Kau pun dah lewat untuk ke studio kan..?”
Teguran Sadao mengejutkan Guren.
“Ah.. ya..! aku dah lewat…! “ Guren mula terlupa akan hal tadi.
“Sadao, ikut aku balik. Kau tinggal kat mana sekarang? Masih kat rumah mak bapak kau ke?”
Guren memandang sahabatnya itu.
Sadao menggeleng. “Aku akan balik sendiri nanti. Aku dah call kawan aku tadi. “
Guren ingin mendesak lagi namun disebabkan kekangan masa, dia terpaksa beredar.
“Sadao.. semoga kita bertemu lagi.” Guren memeluk Sadao sebelum dia berlari ke arah keretanya.
“Sadao..are you sure..??! “ Guren ingin dapatkan kepastian lagi.
Sadao cuma menjawab dengan anggukan sahaja. Guren tersenyum kecil.
Tidak lama kemudian, kereta Guren bergerak meninggalkan kawasan itu.
Sadao memerhatikan kereta Guren. “Itu pun kalau masih ada peluang.. kita akn jumpa lagi. Tapi.. “
Angin malam bertiup dari hutan yang berdekatan di lebuh raya itu. Lampu-lampu neon menyimbahkan cahaya ke jalan. Malam itu udara agak sejuk dan suram. Lebuh raya yang sunyi dan suram itu kelihatan menyeramkan. Hanya bulan sahaja yang setia menemani kawasan itu.