Blue roses header 2

Blue roses header 2

Monday, February 13, 2012

GUREN

                                                                      BAHAGIAN 3

Gucchan...” satu suara mengejutkan Guren yang sedang terlelap itu. Dalam keadaan samar-samar, Guren cuba membuka matanya namun gagal. Dia yang masih dalam keadaan mamai itu cuba mengenal pasti suara itu.

Tiba-tiba tubuhnya terasa berat, seperti seseorang sedang menghempap tubuhnya.

“Ugh..” Guren cuba menggerakkan tangannya. Dia dapat menyentuh sesuatu diatas tubuhnya. Sesusuk tubuh.

Gucchan…” suara itu memanggil lagi. Kali ini dia dapat merasakan jari-jemari halus sedang menyentuh pipinya.

Nafas Guren tersekat. Di dalam kegelapan bilik itu dia cuba sedaya upaya untuk meronta-ronta namun gagal. Entah kenapa tubuhnya dirasai cukup lemah.

Guren mula tercungap-cungap. Pandangannya kabur dan dia mula berasa pening. Melalui pandangannya yang samar-samar itu dia dapat melihat satu wajah dihadapannya, yang pasti wajah org yang sedang berada di atas tubuhnya.

Gucchan..” suara itu sekali lagi memanggil. Suara yang cukup halus dan lunak.
Gucchan.. do you love me?”

Guren cuba untuk menolak tubuh itu. “Si..siapa,..?” Dengan susah payah dia bersuara.

Kedengaran suara seorang gadis, dipercayai manusia yang sedang menindihnya itu ketawa kecil. Jari-jemari halusnya menyentuh wajahnya, lalu mendekatkan wajahnya sendiri ke wajah Guren.

“Mori… is that you..?” Guren dapat melihat wajah gadis itu walaupun agak kabur. Entahlah.. sama ada gadis itu Mori atau tidak dia sendiri tidak pasti.

Wajah gadis itu semakin dekat. Selepas hampir beberapa minit berhempas pulas, akhirnya Guren berjaya menjerit lalu menolak gadis itu sekuat-kuat hatinya.

“Arrgghh..!” kedengaran satu jeritan kecil. Serta merta Guren tersedar dari tidurnya. Matanya terbeliak luas. Nafasnya tersekat-sekat. Guren memandang sekeliling. Dia masih di pejabat,.. itu bermakna dia terlelap di atas kerusi… bilik yang dirasakannya gelap rupa-rupa masih cerah diterangi lampu. Dia kehairanan. Mimpi…?

Bagaikan terkena arus elektrik, Guren segera bangun. Di hadapannya kelihatan Mori sedang berusaha untuk bangun. Dahi Guren berkerut. Dia cuba mencari jawapan di sebalik peristiwa itu.

“Encik Miwako kenapa..? “ suara Mori kedengaran sebak, mungkin kesakitan atau sedih kerana ditolak.

“Mori. Saya yang patut tanya awak. Apa yang berlaku ni?” Suara Guren kedengaran tegas.

Mori tidak jadi untuk bangun. Dia kembali duduk diatas lantai, merenung Guren.
“Encik… Encik Miwako.. maafkan saya.. saya tak berniat untuk kejutkan encik..tapi.. tadi saya dengar encik memanggil nama saya.. encik meracau tadi…” Mori dengan nada innocentnya menjawab.

Guren tersentak. “Apa.. makna tadi..” dia kebingungan.

Mori masih merenung Guren. “Encik mimpi buruk kah..?”

Guren memandang Mori. Gadis itu merenungnya tanpa berkelip. Comellah pulak Guren melihat keadaan Mori itu.

Guren menarik nafas dan menghembuskannya dengan berat.

Mori tertunduk. “Saya minta maaf kalau saya mengganggu perasaan encik.. saya tak sengaja..”

Guren merenung Mori. Ada sesuatu.. sesuatu yang… sesuatu yang pelik di dalam diri Mori. Sesuatu yang…

Guren mendekati Mori. Dia menghulurkan tangannya untuk menyentuh bahu Mori, bertujuan untuk membantunya berdiri. Tatkala tangannya memegang bahu gadis itu, wajah mereka berdua begitu dekat. Begitu dekat sehingga Guren boleh mendengar helaan nafasnya.

Guren lantas menangkap pandangan mata Mori. Gadis itu memandang kearahnya dengan suatu pandangan yang dia tidak dapat ungkapkan, dan setiap kali Guren terpandang kedalam mata Mori, dadanya mesti akan berdebar.

Mori menyentuh tangan Guren.

“Encik..saya boleh bangun sendiri..” dia tersenyum lalu berdiri dengan cepat.

Guren tersenyum. “ Mori.. sudah agak lewat untuk awak berada disini..” dia memberitahu Mori.

Mori mengangguk. “ Baiklah encik.. saya pulang dulu.. jumpa lagi esok.. encik pun janganlah berjaga terlalu lewat ya..?” selepas menghabiskan kata-kata, Mori terus melangkah keluar dari bilik.

Guren hanya memerhatikan pintu bilik itu ditutup. Dia menghela nafas.

Guren kemudiannya berpaling ke arah meja. Dia terlihat beg kecil Mori berada di situ. Dengan cepat Guren mencapainya lalu berlari menuju ke arah pintu. Sebaik sahaja dia menarik tombol pintu itu, Guren keluar dari bilik itu sambil memanggil nama Mori.

“Mori, kamu tertinggal…” kata-katanya mati disitu. Dahinya berkerut.

Mori tiada disitu. Keadaan sunyi sepi. Dia hairan. Ini mustahil… Guren memandang ke belakang dan depan. Pejabatnya mempunyai satu lorong panjang yang agak sempit di mana hanya terdapat beberapa bilik sahaja di tingkat itu. Malah setiap bilik berkunci dan sepanjang lorong itu tidak mempunyai koridor. Lagi pun tangga masih terlalu jauh.

Jadi.. di manakah dia berada..?
Guren tertanya-tanya. Namun sebentar kemudian dia mengangkat bahu. Mungkin Mori berlari ke tangga agaknya..?  Tapi… Ah lantak..! Guren terus menapak kembali ke dalam biliknya.

PAGI ITU..

Guren masih enak berbaring di atas katilnya. Malam semalam dia pulang tepat pukul 3.50 pagi. Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Noru menolak daun pintu. Dia memerhatikan lelaki itu yang masih tidak ada tanda untuk bangun.

Remaja lelaki itu terus berjalan mendekati Guren.

Dia menggoncangkan tubuhnya. “Guccha.. dah pagi ni.. bangunlah. Pukul 9 nanti kita ada rakaman tau..?”

Guren mendengus kecil. Dia mengalihkan bantal yang diletakkan diatas mukanya itu sebelum menggosok matanya. Dia mengangguk-angguk kecil, menandakan yang dia akan bangun sebentar lagi.

Noru mengangguk kecil, tanda mengerti. “Saya dah siapkan sarapan tuh.. saya tunggu awk ye..”

……………………………………………………………

Selepas rakaman, Guren membawa remaja itu berhenti makan di sebuah restoran kegemaran Noru.

Sambil menikmati aiskrim, Noru memandang ke arah Guren yang dari tadi asyik membalas mesej.

Guren mengerling ke arah Noru sebelum dia tertawa sinis.
“Ada apa-apa di muka saya kah?”

Noru tersenyum sipu. Dia menggeleng-geleng.
“Erhm.. encik.. eh Guccha.. so.. Berapa umur awak ea?”

Guren memandang Noru. “ Awk tak tahu ke?”

Noru menggeleng-geleng. ‘Not sure bout it actually..”

Guren mengangguk kecil. “You think?”

Noru terkelip-kelip. “35-36..something..?”

Guren tertawa. Dia kemudiannya menghisap rokoknya. Asap berkepul-kepul di udara.  Selepas menghembuskan asap rokok itu dia mencapai tin cokenya .

“ Kau bagus dalam meneka ni..  “ dia kemudian meminum coke tersebut.

Noru tersenyum. Menyerlahkan lagi ketampanan wajahnya.
“You’re still young.” Ujar Noru sebelum menyedut jus oren.

Guren tergelak mendengarnya. Dia memandang Noru. “Who..? Me..? haha I’m much older than my age, trust me.”
Noru ikut tergelak.

Untuk beberapa minit kemudian mereka hanya terdiam. Hanya kedengaran bunyi bising dari pelanggan-pelanggan lain yang sibuk berurusan dengan manusia-manusia lain.

Noru ingin membuka mulut, tujuan untuk memecahkan kesunyian yang terjadi diantara mereka , namun belum sempat dia berbuat sedemikian, Guren bertanya terlebih dahulu.

“Dalam usia 18 ni… masih banyak perkara yang awak boleh lakukan. Tapi.. kenapa pilih untuk jadi artis..?
Maksud saya awk sepatutnya berada di Universiti..”

Noru tersenyum seketika. Kemudian dengan penuh tertib dia menjawab “Hati saya tidak berada di sekolah.. atau di universiti . Hati saya lebih mencintai muzik. Mungkin orang mengatakan yang ilmu pengetahuan itu lebih penting. Tapi buat masa sekarang saya cuma mahu tumpukan perhatian terhadap bidang ini dulu.
Mungkin suatu hari nanti saya akan menyambung pelajaran saya. Siapa tahu, kan..?”

Guren tersenyum sendiri mendengar jawapan Noru.

“Guccha.. siapa budak perempuan rambut panjang yang ikut awk balik tempoh hari..?” Noru bertanya.

Guren menenyeh rokoknya ke dalam bekas abu rokok yang sudah tersedia.

“itu Mori. She’s perfect.”

Secara tiba-tiba muncul perasaan cemburu dalam diri Noru. Dia tidak berpuas hati lalu bertanya direct.
“Guccha..sukakan dia kah..?”

Guren hampir tersedak mendengarnya. Waktu itu dia sedang menghirup cokenya.

“Guccha are you ok..? “ Noru menyentuh bahu Guren.

Lelaki itu memandangnya sambil tertawa. “She’s 17.. how can it be..! “

Guren terus tertawa seperti perkara itu cukup menggelikan hatinya.

Namun Noru langsung tidak ketawa. Dia nampak begitu serius.

“Cinta tidak mengenal usia, Encik Miwako…”

Guren berhenti ketawa. Dia memandang Noru dengan pandangan yang pelik.

“Noru.. apa yang awak cuba cakapkan ni?”

Noru tidak menjawab, cuma menghela nafasnya dengan berat lalu memandang ke hadapan.

Guren terdiam. Dia hairan melihat Noru. Seperti ada sesuatu yang membuatkannya tersinggung.

No comments: