Blue roses header 2

Blue roses header 2

Saturday, February 11, 2012

GUREN

                                                                           BAHAGIAN 1


“Gucchan..! Apa pendapat awak jika budak berusia 15 tahun hamil?

Apa yang awak akan lakukan??” Tanya Kaoru riang.

Guren memandang Kaoru. Dia menggeleng-geleng. “Huh.. kalau sayalah.. saya tidak akan melayan budak tu. Yela.. hamil waktu 15 tahun. Apa kes tuh? Lain la kalau dia dah kahwin. Buat malu jer la kenal orang mcm tu..”

Kaoru terdiam. Seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Riak wajahnya berubah.
Guren menyedari perubahan drastik terhadap diri Kaoru lantas dia mencuit bahu kekasihnya itu.

“Kenapa ni…? “

Kaoru tetap terdiam. Sebentar kemudian dia merenung wajah Guren.
Bibirnya bergerak-gerak seperti sedang mengatakan sesuatu, namun tidak jelas.

Guren mengerutkan dahinya. “Apa?”

“Saya…hamil…” Kaoru mula berterus terang.

Jawapan Kaoru ternyata mengejutkan Guren. Dia terus berdiri dengan marah. “Apa..? Kau hamil..?!”

Kaoru cepat-cepat menjelaskan “Gucchan.. awak jangan marah, dengar dulu. Jangan pandang hina pada saya. Ini juga berpunca dari awak. Kandungan ini milik awak..!”

Guren naik angin mendengarnya. “ Eh apa yang kau cakapkan ni hah..?! Apsal kandungan tu hak aku pulak..? Hanya kerana aku ni boyfriend kau, kau nak tuduh aku mcm tuh..?!”

Kaoru tersenyum sinis “ Awk dah lupa ke Guren? Waktu birthday awk yang ke 15 beberapa bulan lepas, awk wish benda tu dengan saya? And.. kita bukan bersama untuk sekali sahaja, tau..?”

Darah menyirap ke muka Guren. Dia menempelak Kaoru. “Mustahil! Aku tak percaya.. semua ini tidak masuk akal! Kau mesti buat dengan lelaki lain sebelum ini, kan..?! “

Kaoru menggeleng-geleng. “Tidak! Awk tidak boleh menghina saya mcm tu sekali..lebih baik awk percayakan saya. Ini.. bayi ni milik awak.” Dia menunjukkan jarinya kearah perutnya. Kaoru cuba merayu agar Guren berlembut hati dengannya namun semua itu hanya menyebabkan Guren semakin panas.

“Ah.. sudahlah! Aku tak mau dengar apa-apa lagi!

 Kau ada dua pilihan, gugurkan kandungan tu atau pun kita putus..!”
Bentak Guren, cuba mengugut.

Kaoru tidak percaya. Guren yang dikenalinya selama ini cukup berbeza sekali dengan Guren yang ini. Guren yang dikenalinya dulu bersifat pemalu, tenang dan baik hati. Dia juga seorang yang  tegas dan mempunyai sifat kepimpinan.

Tapi sekarang….
Kaoru mula berasa marah dan kecewa. Dia menjerit “Tergamak kau Guren..!”

Guren mula berasa jengkel dengan kata-kata Kaoru.
 Lantas dengan muka seposen, Guren mencampakkan segulung duit kertas ke arah Kaoru.

“Nah ambik tuh. Kau kenal tak benda apa tuh? Itu duit! Ambik duit tu dan pergi gugurkan kandungan kau tuh!”

Kaoru tidak bersetuju dengan Guren lalu memegang tangan Guren.

“Gucchan..! Fikirkan hal ini dulu..” dia cuba merayu lagi. Namun kali ini Guren sudah nekad. Geram dengan perbuatan Kaoru, dia mula menengking “Hoi sial, berhenti panggil aku macam tuh!

Dan..jangan pegang aku..! “
Guren menolak Kaoru dengan kasar lalu membuka langkah, meninggalkan Kaoru yang sedang dalam kebingungan itu.

Beberapa bulan berlalu. Kaoru kerap tidak hadir ke sekolah. Namun Guren tidak ingin mengambil tahu hal gadis itu lagi.

Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari petang yang hening terjadi suatu peristiwa. bunyi loceng menarik Guren untuk membuka pintu rumah. Maka Guren mula mengatur langkah di dalam rumah agamnya itu, menuju ke arah pintu utama yang besar.

Tatkala pintu dibuka, Guren terkejut beruk melihat seseorang yang amat dikenalinya sedang berdiri di hadapannya. Lebih memeranjatkan lagi apabila orang itu mendukung seorang bayi yang masih kecil.

“Weh… kau buat apa kat sini, hah?!” Tengking Guren.

Kaoru mula menjawab dengan lantang. “Gucchan..tengok ni. Tengok!
 Ni anak awak..!
Awk kena bertanggungjawab..!”

Guren mula naik angin.  Lantas dia mengerling sekejap kearah bayi itu. Kemudian dia memarahi Kaoru.

“Tak de rupa aku pun..?!
Eh sudah la kau memang nak kenakan aku. This is not my baby. Absolutely not..! Now go and stop bothering..! “
Habis sahaja berkata-kata, Guren terus melayangkan satu tamparan kepada Kaoru.

“Kau nak lapor polis..? Hah pergilah lapor. Tapi kau kena ingat.. maruah keluarga miskin kau yang hina tuh, akan jadi lebih hina..!   Kau berani? Pergilah..! So.. fikir-fikirkanlah.  Sial.  Dah blah kau dari rumah aku!”  Habis sahaja mengutuk, remaja berhati kering Itu terus menghempaskan pintu rumahnya.

Kaoru menggigit bibir. Dia tidak bercadang untuk buat laporan polis atas satu alasan yang paling mudah iaitu malu.

“Aku tak akan mengalah, Guren. Kau akan bawa aku tinggal dalam rumah ni jua nanti. Tak kira apa pun yang terjadi. Kau akan  bertanggungjawab juga dalam hal ni..!”  Kaoru tidak berpuas hati.

Selang beberapa hari , Kaoru terus menerus mengganggu Guren sehingga menyebabkan Guren terfikir untuk menghapuskan bayi comel itu.

Maka al-kisahnya terjadilah peristiwa itu dimana pada malam yang mendung itu Guren melarikan bayi tersebut. Kaoru cuba menghalang namun gagal kerana dia dihalang oleh dua orang rakan baik Guren.

“Haha.. kau laporkan lah hal ni kat polis. Tapi mesti mak bapak kau akan kecewa ngan kau kan..? Diorang penat-penat kerja siang malam cari duit nak sara kau, hantar kau kat sekolah elok-elok dengan harapan nanti kau bela nasib dorang.. tapi ni yang kau balas kat dorang tuh..? “ mereka mengejek sambil tertawa.

“Kau diamlah! Lepaskan aku.. Guren, jahanam kau..!” dia meronta-ronta sambil menjerit marah.

Guren menaiki kereta. Kemudian dia terus menjerit, “Cepat la korang..!”

Sadao lantas menolak Kaoru kasar lalu dia dan Takarai berlari menuju ke arah kereta. Takarai yang sudah berumur 17 tahun itu mula memandu kereta.

“Tidak..! Kembalikan anak aku.., hei, pengecut..!!”  Kaoru terjerit-jerit. Dia cuba mengejar kereta itu malangnya dia tidak cukup laju untuk berbuat sedemikian. Apa yang mampu dilakukannya hanyalah jatuh terjelepok diatas jalan raya sambil meraung. Kejadian itu tidak disaksikan oleh orang lain kecuali mereka berempat. Guruh mula berdentum di langit sambil kilat sabung menyabung. Hujan mula turun dengan rintik-rintik.

Di dalam kereta….

“Kau serius ke Guccha? Kaoru tu terlalu mencintai kau, so that’s why la aku rasa dia..” Belum sempat Sadao menghabiskan ayatnya, Guren memintas.

“Aku serius, Sadao. Ini adalah rahsia kita, jangan ada siapa-siapa yang berani membongkarkan hal ni.”

Takarai yang sedang memandu itu mengerling kearah mereka berdua melalui cermin hadapan.

Bayi itu merengek. Namun Guren tidak mempedulikannya. Sadao perasan yang Guren langsung tidak memandang kearah bayi yang sedang dipangkunya itu dan Sadao sendiri tidak ingin bertanya. Sesekali terdengar Guren mendengus. Mungkin terganggu dengan suara bayi itu.

Sadao bertanya lagi “ Eh Guccha.. kau tak pelik ke? Takkan la mak bapak dia tak tahu hal ni? “

Guren dengan tenang namun tegas menjawab. “ Mungkin Kaoru bijak sembunyikan kandungan tu daripada mak bapak dia.
Entah la macam mana caranya aku sendiri tak tahu. Tak ingin tahu pun. Dan kalau kau keliru pasal bayi ni, senang jer.
 Rumah yang kita pergi tadi bukan rumah  mak bapak dia. Itu rumah mendiang nenek dia. Tak de siapa yang tinggal disitu. Rasanya Kaoru menetap disitu buat sementara untuk sembunyikan budak ni.”

Sadao mula terdiam. Untuk beberapa minit itu mereka Cuma terdiam. Yang kedengaran hanyalah bunyi bising kilat dan guruh dari luar diselangi dengan rengekan bayi itu.

Sebentar kemudian, kereta merah itu berhenti di tepi jalan yang bertebing curam.

Tanpa mempedulikan hujan rintik-rintik diluar, Guren melangkah keluar dari kereta itu lalu menuju kearah tebing  gaung itu. Dia memilih tempat itu kerana dia kawasan itu terlalu sunyi dan memang jarang orang melalui kawasan jalan lama itu.

Sadao tidak ingin menyaksikannya lantas dia menundukkan wajahnya, manakala Takarai menyaksikannya melalui cermin sisi sambil sebatang rokok melekat dibibirnya. Asap nipis keluar melalui bara rokok itu.

Guren sudah bersedia. Dia mengangkat bayi itu dan secara tidak sengaja dia terpandang mata bayi itu. Bayi itu merenung ke arahnya. Mata Guren terbeliak. Dadanya tiba-tiba berdetak kuat. Namun kerana sudah terlalu nekad, remaja itu terus mencampakkan bayi malang itu…

Guruh terus berdentum di udara…


BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN…

Guren telah memegang jawatan sebagai presiden di sebuah syarikat muzik milik ayahnya. Syarikat itu memang famous. Ramai artis yang bernaung dibawahnya. Dia sendiri merupakan pemain gitar yang professional disitu. Malah Guren juga merupakan  sebagai pemuzik dan composer  yang terkenal.

Pada suatu hari, Guren ingin mencari seorang anak didik.

Maka terdapatlah seorang remaja comel yang telah berjaya menarik minatnya. Dia remaja yang berbakat, memiliki suara yang unik dan berumur 18 tahun,. Oh muda lagi…

Guren telah mengadakan suatu perjumpaan.

“Apa nama penuh awak?” Guren bertanya.

Remaja itu dengan tulusnya tersenyum lalu menjawab “Kagure Noru..”

Guren terdiam sebentar. Kemudian dia bertanya lagi “So...What should I call you?”

“Ah Tuan boleh panggil saya Noru..”

Guren mengangguk-angguk.
“Baiklah Noru-san. Awk tau kan sebab awk berdiri di hadapan saya ni?”

Noru mengangguk. Dia tersenyum manis.

Guren menyambung lagi. “  Jadi..selepas awk sain kontrak dengan kami, segala syarat syarikat ini awak harus patuhi. Jelas..?”
“ Hai’ ! “ Noru tersengih.

Guren dengan tenang menyandar ke kerusi.

Malam itu Noru menemani Guren ke sebuah parti anjuran syarikat itu sendiri di sebuah pub. Ramai artis yang hadir pada malam itu.

“Ingat Noru. Jangan mulakan masalah. Apa yang penting, kekalkan reputasi baik awk.” Pesan Guren, lembut tetapi bernada tegas.

“Baiklah En.Miwako. Saya faham..” Noru tersengih seperti kerang busuk.

Guren terdiam sambil memandang ke hadapan, sambil tangannya mengangkat gelas kecil yang berisi wain merah itu.

Noru memandang kearah Guren yang sedang meneguk minumannya itu.

Guren menyedarinya lalu mengerling kearah Noru.

Noru tersentak. Lantas dia tertunduk malu. Guren memandang Noru.
Remaja itu juga kemudiannya memandang Guren. Mata mereka saling bertembung. Untuk beberapa minit itu mereka saling renung-merenung.

Tiba-tiba jantung Guren berdegup kencang. Guren juga dapat merasakan  yang Noru juga mengalami benda  yang sama.

Guren terus mengalihkan pandangannya. Noru juga berbuat sedemikian. Dia tertunduk malu. Wajahnya berubah menjadi merah.

Secara tiba-tiba Noru bertanya “ Erm.. En Miwako.. encik.. dah kahwin ke?”

Pertanyaan itu menyebabkan Guren hampir terbatuk. Dengan marah dia memandang Noru.
“Boleh tak jangan tanya benda-benda macam tuh?”

Noru tersenyum malu. “Tanya pun tak boleh ke..?”

Guren bengang dengan reaksi Noru. Namun dia hanya bersabar sahaja.
“ Kenapa tanya macam tuh?” Guren mula bertanyakan hal itu kepada Noru.

Noru tidak menjawabnya, Cuma tersenyum sahaja. Dia tertunduk malu. Pipinya merah.

Guren menyedari hal itu namun dia buat-buat tidak tahu. Dia terus meneguk baki minumannya itu.

5 comments:

Iza_Izaki said...

uah.. best nyer.. tp saper watak2 nyer heh ?? XD

Cyndruid said...

hehe.. ce teker...xDD

Cyndruid said...

did u still remember the words "now go and stop bothering..! " ?
xDD

Iza_Izaki said...

now go and stop bothering..? no.. hehe sowiee

Cyndruid said...

hahaha ade la citer filiphina tuh..
hok org puan tu huduh jer tp ye nk anak ye lawa jd ye gi goda srg mat salleh tuh..haha

x ingt pun x per la..:)